Izinkah
diriku
berkongsi suara
hati
ini dengan
dirimu
Semuanya terbuku dalam
hatiku....
Tentang cinta, cinta
terhalang, ayat-ayat cinta, butakah cinta, cerita pasangan
keluarga bahagia. Semuanya terangkum indah, ku perolehi daripada
sebuah karya non fiksyen penulis.
Sudahkah dirimu tatapi dan
hayati?
Sekali lagi,
Cerita cinta, cari
cinta, apa itu cinta, makna cinta, erti cinta, cerita cinta buta, ucapan
cinta terhebat, kenangan cinta, putus cinta, bahasa cinta, madah cinta.
Semuanya
sudah terangkum dalam satu.
Sudahkah dirimu tahu di mana kutemui rahsia ini?
Hati lelaki kini mudah
ditawan. Bahagia dicari dalam genggaman. Kerana
anda tahu caranya."
"Seolah-olah
Kursus
Perkahwinan dari rumah.
Begitu lengkap diceritakan satu persatu. Bukan mudah mengumpulkan rahsia
bahagia pasangan. Tetapi dia melakukannya. Saya akan katakan inilah
pakej ala Kursus
Perkahwinan terlengkap saya pernah baca!"
Jauh
lebih lengkap
berbanding kursus perkahwinan yang kita hadiri.
Cerita lelaki yang bakal
menjadi suami dan pasangan kita
yang hanya
diceritakan oleh lelaki
dan pasangan
yang sudah lebih 30 tahun berumahtangga."
Kursus perkahwinan hanya
menceritakan perkara teknikal. Tetapi ini menceritakan mengenai
jiwa si dia.
"Rahsia memikat
hati si lelaki
sebelum dan selepas berkahwin terbongkar. Sejak tahun 2006,
ramai wanita telah memperolehinya. Kini resipi cinta bahagia dikongsi
kepada anda."
Ia dikumpulkan dan diceritakan begitu teliti, sehinggakan orang lelaki
bimbang hati mereka mudah ditawan dan tidak mudah berpaling selain
daripada diri saudari.
Daripada:
Zamri Mohamad, penulis buku perhubungan dan cinta
Malaysia
Kepada:
Dirimu yang dihormati dan sentiasa percaya pada bahagia
dan cinta
Assalamalaikum
dan salam sejahtera, saya Zamri Mohamad. Pada tahun 2006
saya diajukan satu soalan, "Apakah mengenai lelaki yang
mesti difahami oleh wanita?"
Soalan ini
membuat saya terfikir, mungkin saudari pernah
mengalaminya dan tidak mendapat jawapan yang memuaskan
hati.
Lelaki dengan sikap tidak mendedahkan segala-galanya
kepada saudari menjadikan saudari tidak selesa dengan
tingkah laku seperti itu.
Bermula pada
tahun 2006, saya disarankan untuk menulis bagi
memudahkan wanita memahami apa yang bermain dalam kepala
lelaki.
Kini rahsia
lelaki dalam dunia cinta sudah terbongkar.
Sekali lagi, pernahkah saudari atau rakan-rakan
mengalami peristiwa ini. Sebelum mendirikan rumah
tangga, mana-mana bakal isteri akan bertanyakan
pengalaman mendirikan rumahtangga daripada orang tua,
mendapatkan tip menawan hati suami daripada rakan-rakan
yang sudah berkahwin. Mungkin juga melayari internet
mencari-cari tip cinta sebelum dan sesudah berkahwin.
Jika ya, saya yakin selama ini cerita-cerita dan panduan
itu tidak pernah dibukukan dengan tersusun. Sebelum ini
ia disampaikan dari mulut ke mulut.
Hari ini dari
mulut ke mulut, kemudian saya mengambil peluang untuk
menyusun segala petua cinta dari pelbagai orang di
seluruh negara untuk dijadikan buku.
Ia menjadi
sebuah buku yang berharga dalam usaha saudari membina
cinta dan hidup bahagia.
Sepanjang beberapa tahun lalu, saya menulis beberapa
buah buku atas permintaan ramai. Saya mengkaji,
mengumpul dan mendedahkan kepada saudari apakah yang
dimahukan oleh lelaki dalam dunia cinta dan bahagia,
sebelum atau selepas perkahwinan.
Kerana respon luar jangkaan, ia sukar didapati di
kedai-kedai buku. Kini saya sendiri turun padang
memudahkan saudari memilikinya secara online.
Perkara
ini saya sedar selepas menerima e-mel pembaca-pembaca
yang mendapat kesan positif selepas membaca buku terbaru.
Saya menerima mesej daripada seorang pembaca bernama cik
Sue Samad di rangkaian Friendster. Bersama-sama senyuman,
pembaca yang berwajah manis dari Cheras ini bertanyakan
soalan.
"Assalamualaikum, Saya sudah membaca Magnet Cinta memang
menarik buku motivasi itu.
Tetapi
masalahnya saya cuba mencari buku Memahami Bahasa Cinta
Lelaki. Tidak ada pula di MPH. Selain daripada MPH, di
kedai buku mana lagi ya? "
Ini adalah
paparan screenshot salah satu buku yang sukar
didapati di sebuah kedai buku sehingga hari ini.
"Hanya buku-buku cinta & perhubungan yang berkualiti
menjadi tumpuan media tempatan. Satu saranan nasional
kepada para pembaca untuk memilikinya."
Buku-buku ini menarik perhatian media tempatan
dan ini membuktikan ia menjadi buku wajib baca dan wajib
dimiliki oleh setiap wanita yang serius mahu membina
cinta bahagia.
Satu demi satu paparan media menjadikan semakin ramai
mendapat resipi kejayaan cinta dan bahagia yang
dibongkarkan dalam buku-buku berkenaan.
Paparan
Berita Harian pada bulan Mei 2006
Paparan
Majalah Wanita pada bulan Jun 2007
Paparan
Majalah Perempuan pada bulan Mac 2007
Paparan
kali kedua dalam majalah Perempuan pada bulan April 2007
Paparan
dalam Berita Harian Julai 2007
Mereka yang serius mahu membina cinta yang bahagia dan
memilih pasangan yang membahagiakan akan memilih
buku-buku ini.
Testimonial pembaca 1
"Setiap
kali membelek helaian di dalamnya aku akan tersenyum
sendiri."
Apa
yang aku dapat simpulkan, banyak perkara yang aku
pelajari dalam buku ini.
Walaupun sebahagiannya aku
sudah sedia maklum kerana pakar rujukan terbaik dan
utama dalam hidup aku adalah emak.
Aku dapati
kebanyakan tips di dalam buku ini aku sudah sedia
mempelajarinya daripa emak. Jadi setiap kali membelek
helaian di dalamnya aku akan tersenyum sendiri. Benarlah
kata-kata dan pesanan emak selama ini.
Dalam
bab ini menceritakan tentang seorang wanita yang
berkongsi pengalaman hidup bersama suaminya selama 30
tahun.
Wanita
berusia sekitar 50 tahun itu menceritakan bahawa
suaminya suka mengumpul keratan resipi yang diguntingnya
daripada suratkhabar.
Menurut
wanita ini, suaminya sering meletakkan keratan resipi
tersebut di tempat yang terbuka seperti di atas peti
sejuk, di atas meja dapur,adakalanya diselitkan di dalam
buku.
Tidak
semua resipi yang digunting oleh suami wanita tersebut,
hanya resipi tertentu sahaja. Menurut wanita ini pada
mulanya beliau tidak memahami maksud tersirat di sebalik
perbuatan suaminya itu namun akhirnya beliau mulai faham
yang suaminya meminta beliau memasakkan resipi yang
telah diguntingnya itu.
Menurut
wanita ini lagi “Orang lelaki lebih suka memberitahu
keinginannya dengan perbuatan tanpa perlu cakap banyak.
pandai-pandailah orang perempuan bagi membaca fikirannya
dan buat perkara yang dirasakan perlu”
Apabila
membaca kisah keratan resipi ini,membuatkan aku
tersenyum sendiri, hendak tahu kenapa?
Kerana
ayahku mempunyai tabiat yang sama suka menggunting
resipi dalam suratkhabar yang mana dia berkenaan.
Barulah
aku tahu sekarang kenapa emak aku selalu berkata, “Ayah
kamu yang gunting resipi itu.” Respon ibu apabila aku
bertanya siapa yang mengumpulkan resipi sehingga penuh
satu album.
Cuma
kadang-kala emak tidak ada masa nak membuatnya. Aku
faham emak aku pun tidak berapa sihat.
Satu
lagi, apabila ayah aku ke kedai, beli semua
barang-barang yang dia perlukan, selepas itu dia bawa
balik, dia letak di dapur. Tidak cakap apa pun,
tengok-tengok dia sedang baca suratkhabar di luar rumah.
Ini
kisah sebelum sebelah mata ayahku tidak boleh melihat
lagi, manakala sebelah lagi sudah pun kabur akibat
katarak.
Tengok
bahan pun emak faham yang ayah hendak makan apa, pengat
pisang, bubur kacang atau puteri mandi. Biasanya mak akan
buatkan masa itu juga. Masa aku menaip ini pun aku rasa
nak tersenyum.
Ayah,
betul lelaki ini, dia tunjukkan keinginannya melalui
perbuatan.
Testimonial pembaca 2
"Satu motivasi tentang cinta yang amat kuat"
Jika
tidak silap, saya memiliki Magnet Cinta di Malaysia.
Magnet Cinta banyak merangkumi berbagai aspek tentang
cinta.
Bagi pendapat Sal, cinta
adalah satu penjernihan peribadi yang terdapat dalam
jiwa manusia. Ia merupakan satu fitrah. Encik zamri yang
menulis buku itu ya.
Tahniah!
Satu motivasi tentang cinta yang amat kuat. Sal jika
hendak menulis buku, mungkin berkenaan motivasi cinta
dan minda. Ada rakan-rakan Sal yang putus cinta. jangan
marah ya! Gurau sahaja!
Salbiah Sirat
Tebans Gardens Road
Jurong,
Singapura
Testimonial pembaca 3
"Buku
cinta sebagai hantaran yang terbaik"
“Saya
telah memulakan dengan meletakkan buku-buku PTS di atas
dulang hantaran perkahwinan adik lelaki saya November
2006. Buku-buku itu diikat dengan reben organza bersama
Tafsir Pimpinan Al-Rahman.
Tajuk
dipilih sudah tentu berkaitan perkahwinan dan hubungan
suami isteri. Ia berbaloi diletakkan terbuka kerana
kulit buku yang menarik baik dari sudut ilustrasi
mahupun warna.
Harapnya ia membuka minda para tetamu untuk menitik
beratkan ilmu pengetahuan sebagai bekalan maha penting
dalam melayari alam rumah tangga yang serba mencabar.”
Cik Puan Wan Nor Ainon Wan Abdullah
E-mel kepada penerbit PTS
Testimonial pembaca 4
"Alhamdulillah menjadi dan buku ini memang membantu"
Saya
bertemu di alam siber seorang pembaca dan ahli forum
yang aktif dalam web Tentang Cinta. Dikenali dengan
nama Lamantua. Beliau adalah pembaca buku
77 Tip Melembutkan Hati Lelaki.
Antara buku yang diulang cetak sehingga hari ini.
"Dari buku ini juga, saya cuba menjadi pendengar
yang baik, memahami dan membantu dia.
Memang banyak membantu."
Miliki salah satunya atau kesemuanya pada hari ini dan
bina impian bahagia anda.
Rahsia memikat hati si lelaki sebelum & selepas
berkahwin."
RM
27.00 termasuk surcaj & kos penghantaran
Jumlah Muka Surat : 160 halaman
Buku
Magnet Cinta : Membuat Sesiapapun Tertarik Hati Setiap
Masa Setiap Waktu karya Zamri Mohamad menghadiahkan
pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati
kaum Adam sebelum dan selepas berkahwin. Persoalan
bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik
menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.
Bestseller bagi bulan Mac 2007 PTS Millennia.
Bahagian pertama memberikan pendedahan tentang cara bagi
pasangan menyalurkan rasa hati kepada yang tersayang. Ia
mengetengahkan pendekatan dari hati ke hati melalui
lisan dan bahasa badan.
Bahagian kedua pula memaparkan konsep kasih sayang,
cinta, rindu dan harapan dari perspektif orang lelaki.
Seterusnya di bahagian ketiga pembaca dihidangkan dengan
panduan-panduan bagaimana orang sekeliling dapat
membantu bagi melunakkan hati dan terus-menerus
menyintai diri.
Bahagian keempat menyenaraikan halangan-halangan yang
memungkinkan nilai cinta tidak dapat ditafsir oleh kaum
Adam. Ia juga disusuli dengan tip-tip persediaan bagi
berhadapan dengan cabaran dan halangan sebelum dan
selepas proses penaklukan cinta seorang lelaki.
Apa yang membuatkan buku ini lebih menarik, ia dikupas
dan diadun dengan bersandarkan pengalaman, kajian,
catatan cerita menarik dan pemerhatian.
Isi
kandungan buku
Bahagian 1: Bahasa kita bahasa hati.
1. Rentak bahasa badan ikut tarian hati.
2. Tanam pinang rapat-rapat.
3. Hormat dan sayang datang bersama.
4. Tingkatkan keyakinan jiwa kekasih
5. Aku dan dia menjadi Spielberg bersama.
6. Teman perjalanan bersama.
7. Tembok keyakinan terhadap pasangan.
8. Sepuluh kata-kata manis pengikat hati
9. Satu bahasa dua makna.
10. Jadilah orang pertama di sisi yang tersayang.
Bahagian 2: Melihat dunia dari kaca mata si dia.
11. Saya suka dan dia minat.
12. Hangat, mesra dan ceria di bawah satu bumbung.
13. Jiwa cinta takut-takut juga.
14. Jutawan cinta yang pemurah.
15. Lelaki juga perlukan sentuhan emosi.
16. Keratan resipi sang suami.
17. Permintaan lampu hijau.
18. Pamerkan minat kita terhadap kesukaannya.
19. Cinta pisang goreng.
20. Rancangan realiti cabaran berkomunikasi dengan si
dia.
21. Hobi pemikat hati.
22. Si suami pun cemburu dengan isteri.
23. Lain tubuh, lain perangai.
24. Berselerak sana-sini sistematik namanya.
25. Dengar-dengarkan, jangan ketinggalan.
26. Satu suara empat corong
Bahagian 3: Kempen pilihan raya cinta.
27. Jenamakan pasangan dengan jenama positif
28. Jenama diri, jenama yang dikenang-kenang.
29. Kempen menaikkan nama yang dikasihi.
30. Anak-anak pelembut hatinya.
31. Anak-anak orang kuat kempen menawan hati.
32. Tanah liat acuan diri sendiri.
33. Selami dasar hatiku.
Bahagian 4: Hati-hati ombak menghempas pantai.
34. Usahlah cepat melatah.
35. Geramnya saya!
36. Ombak emosi, ada yang surut ada yang naik.
37. Kritikan, si penembak hati yang tepat.
38. Tujuh halangan berganti-ganti menanti di balapan
"Petua orang lama dan orang baru dalam dunia cinta dan
perkahwinan"
RM 32.00
termasuk surcaj & kos
penghantaran,
Jumlah Muka Surat : 256 halaman
Melembutkan hati
lelaki adalah seperti melembutkan warna-warna garang
kepada warna-warna harmoni yang mendamaikan hidup kepada
pasangan. Apakah tip-tip melembutkan hati lelaki?
Kebanyakan pasangan
yang ditemui, mempunyai pendekatan-pendekatan praktikal
bagi melembutkan hati pasangan mereka yang tersendiri.
Segalanya didedahkan buat pertama kali di sini.
Siapa sangka segelas
air suam mampu mempertahankan perkahwinan melebihi 30
tahun. Ini perkara hebat bagi wanita mengetahui rahsia
di sebalik segelas air yang mampu melembutkan hati
lelaki yang dikasihi. Buku Bestseller PTS Millenia Jun
2006 dan Febuari 2008. Buku ini diulang cetak atas
permintaan.
Isi
kandungan
Bahagian
1
Dari Dalam ke Luar
Tip 1 Sesuaikan Rasa Cinta Kita dengan Dirinya
Tip 2 Timbulkan Dorongan Kebersamaan
Tip 3 Wujudkan Keakraban
Tip 4 Bina Komitmen Kita untuk Dirinya
Tip 5 Rasa Percaya adalah Pengikat Jiwa
Tip 6 Rasai Apa yang Dia Rasa
Tip 7 Kacang Panjang Menjalar dari Tanah
Tip 8 Jadi Seperti Pohon Buluh Jepun
Tip 9 Elakkan daripada Perangkap Jantina
Tip 10 Ketahui Alunan Emosi Kita
Tip 11 Ketahui Personaliti Bersama
Tip 12 Cemburu Entah Betul Entah Tidak
Tip 13 Cinderella Melayu Cinderella yang Bertindak
Tip 14 Jaga Sarang Jangan Sampai Dirosakkan
Tip 15 Sahabat Bercinta, Simpan Rahsia
Tip 16 Bertukar-tukar Pinggan Hidangan
Tip 17 Kukuhkan Talian Kasih Sayang Jarak Jauh
Tip 18 Hati-hati dengan Guruh Kecil
Tip 19 Jarum Saat Tepat pada Waktunya
Tip 20 Marah Tanpa Melukakan Hati Sesiapa
Tip 21 Atmosfera Persahabatan Sebelum dan Selepas
Bercinta
Tip 22 Jadi Peminat Paling Setia
Tip 23 Gaduh-gaduh Sayang
Tip 24 Buang Cerita Kekasih Lama Jauh-jauh
Tip 25 Gred Percintaan
Tip 26 Kekalkan Kecantikan Dalaman
Tip 27 Urus Akal dalam Percintaan
Tip 28 Pengatur Urusan Hati
Tip 29 Hati yang Dekat Diserasikan
Tip 30 Perkara yang Melembutkan Hatinya
adalah Petanda Ceria
Tip 31 Tabiat Buruk Semakin Dibiar Semakin Menjadi
Tip 32 Dadu Cinta
Tip 33 Selimut Kecil Fatimah
Bahagian 2
Berhadapan dengan yang Tersayang
Tip 34 Sedarlah Kewujudannya Saban Hari
Tip 35 Bertenang, Selesaikan Kemudian
Tip 36 Hormat Diri, Hormat Pasangan
Tip 37 Zon Waktu Romantik
Tip 38 Bersedia dengan Keadaan Luar Jangka
Tip 39 Kembangkan Minat Baru Bersama
Tip 40 Usah Cepat Melatah
Tip 41 Ikut Rentak Bahasa Badannya
Tip 42 Hidupkan Suasana Rumah
Tip 43 Amboi, Marah Ya!
Tip 44 Atmosfera Cinta, Atmosfera Takut
Tip 45 Tanam Pinang Rapat-rapat
Tip 46 Alunan Emosi Pasangan
Tip 47 Tanpa Sepuluh Sen Tiada Sejuta Ringgit
Tip 48 Beri dan Terima Penghormatan
Tip 49 Lelaki Juga Perlukan Sentuhan Emosi
Tip 50 Berhadapan Pasangan yang Rendah Diri
Tip 51 Elakkan Kritikan Membunuh
Tip 52 Keratan Resipi Suami
Tip 53 Permintaan Lampu Hijau
Tip 54 Pamerkan Minat Kita pada Kesukaannya
Tip 55 Galakan Berbual-bual Berkaitan Angan-angan
Bersama
Tip 56 Apabila Dia Ingin Berjalan, Katakan untuk Berlari
Bersama
Tip 57 Bina Batu Bata Keyakinan kepada Pasangan
Tip 58 Cinta Pisang Goreng
Tip 59 Bukan Mudah Berkomunikasi dengan Lelaki
Tip 60 Tahukah Kita Hobi Si Dia
Tip 61 Bajai dengan Kata-kata Manis
Tip 62 Satu Bahasa Dua Makna
Tip 63 Kisah Cemburu Lelaki
Tip 64 Lelaki dan Personaliti Fizikal
Tip 65 Pondok Kawalan Harta 24 Jam
Tip 66 Jangan Terjatuh ke Lubang Sunyi
Tip 67 Satu Suara Empat Corong
Tip 68 Jadilah Orang Pertama Di sisi yang Tersayang
Bahagian 3
Luaskan Lingkaran Pengaruh
Tip 69 Ikat Hati Pasangan dengan Ahli Keluarga Kita
Tip 70 Ikat Hati Keluarga Si Dia
Tip 71 Bina Reputasi Baik Pasangan di Kalangan
Sahabatnya
Tip 72 Jadikan Anak-anak Pelembut Hatinya
Tip 73 Lembut Hati Anak, Lembut Hati Bapa
Tip 74 Jangan Diselubungi Selimut Hitam
Tip 75 Ibu, Fahamilah Saya
Tip 76 Apabila Mertua di Hadapan Mata
Tip 77 Positifkan Labelmu
"Tidak ada lelaki selesa dengan buku ini. Ia
mendedahkan rahsia lelaki kepada wanita"
RM 28.00 termasuk
surcaj & kos penghantaran
Jumlah Muka Surat
: 206 halaman
Bagaimana ya,kalau
lelaki jatuh cinta? Adakah seperti pungguk rindukan
bulan? Bila saja malam menjelang, setia menanti
hingga terbit matahari. Atau seperti Majnun? Jadi
gila demi sebuah janji.
Kita perlu mengenali
cinta supaya ia terus dipimpin pada landasan yang
betul. Landasan ilmu dan sedar akan kewujudannya
penting supaya kita tahu ia bukan permainan. Salah
mentafsir, maka salahlah membimbingnya. Akibatnya,
ia disangka sebagai derita, sengsara tidak
berkesudahan.
Bestseller PTS Millenia Mei dan Jun 2006 dan buku
ini diulang cetak atas permintaan.
Isi kandungan
Bab 1:Sejarah Cinta
Kimia Cinta Sudah Sebati dalam Diri
Cinta dalam Dunia Falsafah
Cinta dalam Dunia Arab
Cinta dalam Dunia Barat
Bagaimana Menjelajahi Dunia Cinta
Bab 2:Membina Rumah Cinta di dalam Hati
Tiga Serangkai Dalam Membina Cinta
Akal adalah Tiang Cinta
Cinta daripada Pancaindera Akal
Agama Menyempurnakan Rantaian Cinta
Akhlak, Mengatur Kehidupan Cinta
Cinta Buta Tanpa Tiga Serangkai
Binalah Rumah Cinta dengan Tiang-tiang yang Kukuh
Bab 3 : Simpulan Cinta
Simpulan Pertama : Sifat Orang yang Dicintai dan Ciri Fizikal
Simpulan Kedua : Perasaan pada Orang yang Dicintai Simpulan Ketiga : Keserasian
Tip Mengeratkan Simpulan Cinta
Peringkat Mencari
Peringkat Tarikan
Peringkat Pertalian
Kekuatan Cinta Seimbang
Cinta Merangsang Otak
Bahagian 2
Bab 6 : Komunikasi Cinta
Menghubungkan Diri Kita dan Orang Lain
Tidak Boleh Diundur
Kompleks
Tertakluk kepada Peraturan
Melibatkan Kandungan dan Dimensi Perhubungan
Bahasa Badan sebagai Medium Perhubungan
Bahasa Badan, Bahasa Warisan
Kawal Corak Bahasa Badan Kita
Intonasi Menggambarkan Perasaan Kita
Oh, Hmm dan Ah dalam Bicara
Dengarlah Emosi daripada Getaran Suara
Senyap adalah Kata-kata Tanpa Suara
Tafsiran Postur Badan
Postur Terbuka ataupun Tertutup
Gerakan Mata
Mesej daripada Pergerakan
Sentuhan Penguat Rantaian Mesej
Jarak dan Ruang dalam Membina Perhubungan
Sesuatu Yang Perlu Kita Tahu
Perkataan Terbaik Lahir dari Hati yang Bersih
Hobi Penuh Makna Tersirat
Bentuklah Bahasa Cinta yang Selalu Berbicara
Bahasa Badan Sentiasa Benar
Mesej Berkait Rapat dengan Budaya Pembawa
Mencari Tanda-tanda Pasangan Berbohong
Menutup Pembohongan Melalui Bahasa Badan
Adakah Dia Jujur Ataupun Sebaliknya?
Bagaimana Jika Dia Membohongi Kita?
Bahagian 3
Bab 7 : Percintaan Melibatkan Ibu Bapa
Elemen Cinta Warisan Keluarga
Pemikiran Mempengaruhi Sikap
Ketahui Siapa Mereka
Wujudkan Dorongan Dalaman dan Luaran
Sediakan Senarai Penting
Jaga Masa, Jangan Leka
Bawalah Teman
Ketahui Arah Tuju
Perkataan Gambaran Diri
Kenal Pasti Soalan
Bawalah Buah Tangan
Apa yang Terhidang, Nikmati dengan Selera
Merendah Diri
Siapa Lebih Dominan
Jangan Malu dan Pendiam
Jangan Terlalu Memberi Harapan
Humor Menceriakan Suasana
Mencari Nilai Kekuatan
Amalan Ziarah
Doa Sebelum, Semsa dan Selepasnya
Carilah Persamaan, Elakkan Berdebat
Tiada Topik, Carilah Topik
Bahagian 4
Bab 8 : 10 Persoalan dalam Memilih Pasangan
Sudah Berapa Lama Mengenalinya?
Siapa Yang Menentukan Pilihan?
Adakah Harapan Realistik?
Mantapkah Peribadi dan Tingkah Laku?
Bagaimana Pengalaman Hidup Yang Lalu?
Untuk Siapakah Cinta Ini?
Adakah Dia Seumpama Cermin Diri Saya?
Adakah Cita-cita Kami Seiring dan Sejalan?
Bagaimana Kemampuan Iinteraksi Saya?
Adakah Saya Bijak Mendamaikan Konflik?
Bab 9 : Mengapa Perspektif Kami Berbeza ?
Pendidikan
Usia
Keakraban
Tahap Kepercayaan
Keutamaan
Bab 10 : Karekter Lelaki dan Wanita Pilihan
Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki
Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita
Lelaki Apabila Sudah Jatuh Cinta
Wanita Apabila Sudah Jatuh Cinta
Bab 11 : Berhati-hati Mencari Pasangan
Wanita yang Perlu Dijauhi
Lelaki yang Perlu Dijauhi
Bahagian 5
Bab 12 : Konflik Cinta
Memahami Konflik dalam Percintaan
Dongengan dalam Memahami Konflik
Konflik Percintaan antara Positif dan Negatif
Jenis Konflik dalam Percintaan
Lelaki dan Wanita dalam Konflik Percintaan
Tindak Balas Lelaki dalam Konflik Percintaan
Tindak Balas Wanita dalam Konflik Percintaan
Mengurus Konflik Percintaan
Selesaikan Masalah dengan Cara yang Betul
Mengapa Masih Memelihara Cinta?
Menjadi Rakan dan Kekasih
Menjadi Sahabat
Menjadi Kekasih
Mengatasi Konflik Melalui Pendekatan Warna
Hubungan antara Pasangan dengan Warna
Pakaian Kegemarannya
Takut pada Kegagalan
Bab 13 : Ketakutan adalah Cabaran
Takut pada Perubahan
Takut pada cemuhan
Cemburu Memakan Diri
Ubati Segera Penyakit Mengongkong
Kemaafan Dendam yang Terindah
Berubahlah!
Menolak dengan Cara yang Terbaik
Mengapa Tidak Setia?
Lihatlah Kegagalan Cinta dalam Lapan Tetingkap
Survival daripada Rasa Patah Hati
Keputusan Mengakhiri Perhubungan
Punca Perpisahan
Strategi Perpisahan Pasangan Bercinta
Bab 14 : Perkahwinan:
Simbolik Kejayaan Cinta
Lampiran Koreksi Diri
Adakah Kita Bertindak Menggunakan Lisan Secara Agresif?
Adakah Kita Seorang yang Komited?
Siapa yang Membuat Keputusan?
"Disebabkan pesanan demi pesanan yang diterima.
Kami hanya dapat memenuhi 15 pesanan sahaja
setiap aturan.
Klik pra tempahan di bawah untuk mendapatkan
naskah segera anda hari ini. "
P/S:
Buku-buku ini mendapat
paparan bukan sahaja akhbar, tetapi dalam kaca
televisyen tempatan melalui Resensi RTM 1. Kesemua
buku telah pun berada di Singapura. Melalui National
Library (NLB) Board of Singapore, Ia diedarkan ke 23
perpustakaan komuniti di Singapura. Kini wanita di
Singapura sedang mencungkil rahsia bahagia dan cinta
untuk diri mereka.
P/S:
buku-buku ini
dijadikan bahan perpustakaan komuniti kelolaan
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara,
Malaysia. Jika kementerian yang menaungi kebajikan
wanita dan keluarga di seluruh negara mengesyorkan
ia dibaca, maka ia pasti menjadi bacaan wajib anda.